Hanya sedikit luahan hati buat mama . .

Hampir 2 bulan berada ni negara orang , setiap dugaan yang Allah beri semakin mencabar .
Tiada satu pun masalah yang dapat diselesaikan tanpa memberitahu kepada mama aku .
Tiada satu keluhan pun yang dilepaskan tanpa pengetahuan mama aku .
Segalanya dan semuanya yang berlaku setiap hari sepanjang dua bulan di Istanbul , 
aku ceritakan kepada mama aku .
Dialah yang memberi semangat dan kata-kata motivasi untuk kekal tabah dan kuat .

Sangat malunya aku , kerana walaupun berjauhan , aku masih tidak dapat meneruskan hari tanpa bercakap dengan mama .
Setiap hari aku luangkan masa dalam 30 minit untuk buat "video call" dari Istanbul ke Malaysia .

Jasadku berada di Turki tapi hati ini berada dekat dengan mama .
Aku terlalu rapat dengan mama sampaikan segalanya aku ceritakan pada mama .
Hal sekolah dan pakaian harian secara terperinci , aku akan "Whatsapp" setiap hari kepada mama .

Dapatkah aku bertahan untuk habiskan pelajaran aku di sini ?
Sedangkan hati meraung ingin balik ke Malaysia .
Dapatkah aku uruskan masalah aku sendiri dengan bijaksana dan matang ?
Sedangkan kepada mama aku juga yang aku kongsikan segala masalah ini .

Di waktu berjauhan seperti ini , terlalu banyak benda bermain di kotak fikiran aku yang kecil ini .
Bagaimana jikalau sesuatu terjadi kepada mama ketika aku tiada ?
Siapa yang akan jaga mama kalau mama sakit ?
Teruk ke mama sakit ?

Sentiasa aku ajukan soalan seperti ini kepada mama aku sebelum aku berangkat ke Turki .
Tapi mama sangat pandai dan cerdik .
Dia memberitahu aku " Adik , Allah itu berada di mana-mana sahaja . Kalau adik ada dekat tepi mama sekalipun , kalau dah sampai ajal mama , Allah tetap akan tarik "

Mendengar jawapan yang keluar daripada mulut mama , aku tidak dapat menahan sebak dan air mata aku mula menitis .
Aku mendekati mama dan aku memeluk mama dengan erat .

Di Turki , ketika aku keluar , aku ternamapak ibu dan anak yang sedang bergelak ketawa .
Timbul rasa rindu yang teramat sangat dalam hati aku .
Rindu mama . . .

Mama sentiasa pesan  " belajar elok-elok " .
Sejujurnya , mungkin itu sahaja yang aku mampu untuk mama . 
Mencapai cita-cita yang aku kandung dari kecil lagi .
Membanggakan hati mama dengan mendapat segulung ijazah .

Ya Allah bantulah aku agar aku dapat berjaya dengan cemerlang .
Lindungilah mama dan juga papaku .
Panjangkan umur mereka dan berilah mereka kesihatan yang baik agar mereka sentiasa dapat beribadat kepada-Mu .

Amin !

---------------------------------------------------------------------------------
Twitter : @MiceMasquerade
Instagram : @nabilatulnadiah